Anakku Seorang ADHD – Part II

on

Amazon-Rumor-Fake-or-Real

Kembali membicarakan tentang isu keluarga dengan menyambung topik ADHD namun pada entri kali ini fokusnya akan tertumpu pada rumor and myth issues. Masih kedapatan masyarakat yang tertutup dengan informasi berkenaan punca sebenar berlakunya ADHD sebaliknya keliru dengan khabar angin dan mitos yang tersebar. Oleh disebabkan itu, penulis terpanggil untuk berkongsi faktanya pada entri ini dan ditunjukkan secara ringkas melalui jadual berikut.

No

Rumors / Myths

Facts

1 Pesticides (racun perosak)
  • Kanak2 yang mempunyai paras air kencing organofosfat yang lebih tinggi mempunyai kadar ADHD yang lebih tinggi.
  • Wanita yang lebih tinggi paras air kencing organofosfatnya lebih berpotensi mempunyai anak ADHD.
  • Hasil kajian menunjukkan adanya perkaitan antara racun perosak dan ADHD tetapi masih belum ada pembuktian untuk mengesahkan bahawa ianya sebagai punca ADHD.
  • Leavitt PsyD yang bekerja dengan pesakit ADHD di Los Angeles menyarankan agar membeli jenis buah/sayur organic atau membasuh bersih2 buah/sayur nonorganic sebelum makan.
2 Smoking + drinking in pregnancy
  • Pendedahan janin kepada alkohol dan tembakau dipercayai memainkan peranan dalam ADHD.
  • Kanak2 yang terdedah kepada asap tembakau 2.4 kali berkemungkinan mempunyai ADHD.
  • Janin yang terdedah kepada alkohol boleh membangunkan kesan atau sindrom kepada janin dan ciri-ciri tersebut dilihat ada pada ADHD.
3 Lead exposure (pendedahan plumbum)
  • Kanak2 yang ADHD cenderung mengalami blood-lead level yang lebih tinggi berbanding kanak2 yang lain.
Note:

Lead: a neurotoxin which can be toxic to developing brain tissue and may have sustained effects on the behavior of children exposed to these substances at early ages.

4 Food additives (bahan tambahan makanan)
  • Kebanyakan negara2 Eropah telah mengharamkan beberapa bahan pengawet makanan setelah kajian mengaitkan kanak2 hiperaktif dengan makanan yang bercampur dengan warna makanan tiruan, pengawet dan sodium benzoate.
  • Masih tiada bukti yang mengesahkan punca ADHD disebabkan pengambilan food additives.
  • Pengurangan pengambilan food additives mungkin atau mungkin tidak mendorong perilaku hiperaktif di kalangan kanak2 kerana banyak faktor lain yang menyebabkan ADHD.
5 Sugar
  • Terlalu banyak kajian yang telah dilakukan, namun kesemuanya tidak boleh membuktikan perubahan sikap kanak2 disebabkan oleh pengambilan gula.
  • Mitos yang menyatakan pengambilan gula oleh kanak2 menyebabkan mereka hiperaktif adalah kurang tepat.
  • Lebih baik untuk dirisaukan oleh ibubapa tentang kesan pengambilan gula di kalangan anak2 adalah kalori dan kaviti gigi, bukannya kerana ADHD.
6 TV/video games
  • Tiada bukti yang menunjukkan bahawa kanak2 yang terlalu banyak menonton TV atau bermain video games mengalami ADHD.
  • Perkaitan antara ADHD dan bilangan jam kanak2 menonton TV atau bermain video games memerlukan lebih banyak kajian untuk menentukan samada ianya causal relation atau kerana kanak2 ADHD tertarik/cenderung terhadap aktiviti itu.
  • Pelajar sekolah atau kolej yang banyak menghabiskan masa di hadapan skrin dilihat mungkin mengalami masalah sukar untuk memberi fokus dan tumpuan.
7 Bad parenting
  • Tiada bukti yang kukuh untuk menyatakan bahawa parenting style menyumbang kepada punca ADHD.
  • Sikap ibubapa yang menggunakan atau meletakkan behavioural limits, tools or rewards terhadap anak2 dapat membantu mengurangkan simptom ADHD.
  • Persekitaran rumah yang stres serta sikap ibubapa yang tidak menerima hakikat anaknya disahkan mempunyai ADHD akan membuatkan simptomnya lebih teruk.
8 Brain injury
  • Kanak2 yang menderita sebahagian jenis brain trauma boleh menunjukkan ciri atau simptom ADHD.
  • Memandangkan kes sebegini sedikit yang berlaku, maka ia tidak boleh dianggap sebagai faktor risiko utama ADHD.
Note:

  • Brain injury: results from a serious blow to the head, a brain tumor, a stroke, or disease can cause problems with inattention and poor regulation of motor activity and impulses
9 Diet
  • Kajian yang telah dijalankan setakad ini tidak dapat menyokong pendapat yang menyatakan bahawa diet plays a significant role in ADHD.
  • Namun, kajian yang dibuat di Australia mendapati sesetengah komponen diet memberi kesan kepada perilaku kanak2 iaitu high fat, refined sugar, sodium and fatty acids yang berkemungkinan boleh dikaitkan dengan simptom ADHD.
10 Genes
  • Khabar angin dan mitos ini adalah benar berdasarkan kajian yang yang telah dijalankan oleh scientists at Cardiff University in Wales.
  • Kanak2 yang mempunyai ADHD dikatakan berpunca daripada warisan atau genetic keluarga adalah lebih boleh dipercayai berbanding berpunca daripada parenting style.
11 Overdianogsis
  • Terdapat percanggahan pendapat dan pandangan daripada pakar.
  • Pengkaji dari North Carolina State University berpendapat bahawa kanak2 yang beberapa bulan lebih muda daripada rakan2 sekelas boleh tersalah diagnosis mempunyai ADHD mungkin kerana sikap yang kurang matang daripada rakan2 mereka.
  • Dr. Wolraich iaitu Ketua Bahagia Pediatrik di University of Oklahoma Health Sciences Center berpandangan, kebanyakkan bukti ADHD adalah underdiagnosed and undertreated.
12 Chemical exposure

(pendedahan bahan kimia)

  • Pengkaji2 turut mengkaji toksin lain untuk melihat perkaitan dan takat sumbangan terhadap berlakunya ADHD.
  • Hasil kajian yang dijalankan oleh Boston University school of Public Health mendapati polyfluoroalkyl chemicals (PFCs) and Phthalates hanyalah satu perkaitan dan tidak boleh dibuktikan ianya adalah penyumbang kepada ADHD.
Note:

  • Polyfluoroalkyl chemicals (PFCs): industrial compounds widely used in products like stain-resistance coatings and food packaging
  • Phthalates: found in items like toys, food packaging, and cosmetics

People-will-always-spread-rumors-about-you

Diharapkan perkongsian ini dapat membetulkan segala khabar2 atau cerita2 yang tidak tepat tentang punca atau sebab berlaku ADHD. Menyebarkan perkara yang benar kini sudah menjadi tanggungjawab kita bersama.

Nota: Info dan maklumat ini tidaklah bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor. Penulis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang anda buat berdasarkan info dan maklumat ini.

To be continued…

Sumber:

  1. National Institute of Mental Health: Attention Deficit Hyperactivity Disorder, Updated 3/2016, https://www.nimh.nih.gov/
  2. What Cause ADHD? 12 Myths and Facts, Kristin Koch, http://www.health.com/health/gallery/0,,20441463,00.html

 

#changeperception  #staypositive  #takenote!takeserious!takeaction!

#familyfirstcounseling  #familyfirstconsultancy  #inspiringhope

 

Leave a comment