Kaunseling vs Nasihat: Sama atau Beza..?

counselor-work

“Kalau setakad nak minta pandangan atau nasihat, tak payah susah-susah nak jumpa kaunselor. Aku pun boleh. Nasihat je kot…”

Mungkin kata-kata sebegini sering didengar bilamana seseorang meluahkan hasratnya untuk berjumpa kaunselor bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Namun kata-kata seperti ini mampu mematahkan langkahnya untuk menghadiri kaunseling. Bagi yang kuat dan kental tidak akan berbelah bahagi malah tekad dengan keputusannya untuk berjumpa kaunselor kerana sudah tidak tahan lagi menanggung konflik yang membelenggu diri.

Hal ini menggambarkan bahawa masih ada yang keliru dan salah anggap tentang kaunseling dan nasihat. Untuk entri kali ini, penulis ingin membetulkan salahfaham tentang kaunseling agar masyarakat dan pembaca di luar sana tidak allergic and avoid to counseling.

Ringkasnya, kaunseling bukanlah nasihat. Tetapi, nasihat adalah salah satu kaedah atau pendekatan yang digunapakai dalam kaunseling. Nasihat atau advice is a useful technique or approach in counseling but if it is misplaced it would give a bad impression to clients and counseling itself.

Contoh respon klien:

Respon A      : “Alhamdulillah…nampak jelas sikit bila dah dapat pandangan dan pencerahan daripada kaunselor. Rasa tenang mendengar nasihat yang diberikan tadi…”

Respon B      : “Isshh…dia ni, asyik bercakap je. Aku ni datang bukan nak dengan ceramah atau tazkirah. Aku datang nak luah masalah..!”

Dua contoh respon di atas menunjukkan dua hasil yang berbeza apabila kaedah atau pendekatan nasihat digunapakai dalam sesi kaunseling. Jom kita kaji kenapa boleh jadi macam ni…

Analisa ringkas:

Respon A      : NASIHAT yang diberikan dikira berjaya dan memberi kesan positif yang segera kepada klien kerana cara penyampaian disenangi oleh klien dan pendekatan nasihat itu diberikan pada masa yang sesuai diterima klien.

Respon B      : NASIHAT yang diberikan dikira kurang berjaya atau gagal sehingga timbul ketidakpuasan di hati klien kerana cara penyampaian atau masa yang tidak sesuai menyebabkan pendekatan nasihat itu dilihat tidak efektif.

Kesimpulan:

  1. Penulis berpandangan bahawa NASIHAT adalah satu pendekatan yang baik dan berkesan jika diaplikasikan dalam bentuk atau cara yang penuh berhikmah berserta dengan masa yang tepat dengan situasi klien. Hal ini disandarkan dengan sabda Nabi SAW “Agama itu adalah NASIHAT” [HR. Muslim] malah baginda sering menggunakan kaedah ini dalam urusan dahkwah dan bimbingannya.
  1. Bagi isu ‘Respon B’, penulis berpendapat adalah baik jika klien yang mengalami situasi seperti itu mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor yang lain jika tidak serasi dengannya. Walaubagaimanapun ambillah nasihat atau pandangan yang diberikannya itu dengan hati yang terbuka. Mungkin ia berguna suatu masa nanti. Life is unpredictable right..? Seperkara lagi jangan disebabkan ketidakpuasan hati itu menutup sepenuh hatimu untuk menerima kaunseling lagi. Stay positive..!
  1. Penulis menyarankan kepada kaunselor atau mana-mana individu yang mengendalikan kaunseling atau rundingcara adalah baik jika kita menerima kritikan atau feedback seperti ‘Respon B’ secara positif. Jangan disebabkan ketidakberjayaan itu merasakan kita sudah gagal selamanya sebaliknya bangkit dan perbaiki kelamahan diri. We are human beings, not perfect. Sometimes we make mistakes.

#ubahpersepsi   #tingkatinformasi   #perbaikikelemahandiri   #familyfirstcounseling    #familyfirstconsultancy     #inspiringhope

 

2 Comments Add yours

  1. Mohd Syafiq says:

    Hai, saya nak minta izin untuk print artikel ini bagi tujuan meletakkannya di pameran kaunseling di UUM. Harap diizinkan, terima kasih.

    Like

    1. AaminAziz says:

      Ya boleh. Moga ia bermanfaat untuk semua. Terima kasih kerana melawat laman ini.

      Like

Leave a comment